Apakah kita merupakan seorang sahabat sejati???
Sahabat merupakan insan yang senantiasa mendampingi diri kita di mana sahaja kita berada. Sahabat yang sejati ialah sahabat yang sanggup bersama dengan kita sewaktu kita berada dalam kesenangan, apatah lagi semasa kita ditimpa kesusahan. Persahabatan yang terjalin perlu mengikut lunas-lunas yang telah ditetapkan dalam Islam supaya persahabatan tersebut diredai oleh ALLAH di dunia lebih-lebih lagi di Akhirat kelak. Persahabatan itu HALAL selagi tidak diselangi dengan perkara-perkara maksiat kepada ALLAH.

No comments:
Post a Comment